Thursday, October 9, 2008

jenaka dalam ilmu

Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum wanita melihat lelaki. Syeikh berpendapat jika bebas daripada fitnah, maka tidak mengapa. Lelaki ini berulang kali bertanya kerana kurang bersetuju dengan pendapat syeikh. Apabila lelaki itu mahu beredar, syeikh bertanya kepadanya.
Syeikh: Kamu mahu ke mana?
Lelaki: Mahu berjalan-jalan.
Syeikh: Kamu pakailah niqab (purdah) supaya wanita tidak melihat kamu.

Ketika syeikh memberi kuliah tentang hukum susuan, beliau menyoal murid-muridnya.
Syeikh: Kalau dua bayi menyusu dari seekor kambing.
Murid-murid: (ketawa).
Syeikh: Ya, kalau kita perah susu seekor kambing, dan beri minum dua bayi itu, adakah dua bayi itu dikira saudara susuan? Kerana susunya adalah sama. Jawapannya ialah kalau dua bayi itu ialah kambing, maka mereka adalah saudara susuan. Jika bukan kambing, maka bukan saudara susuan.

Seorang lelaki bertanya syiekh,
Lelaki: Syeikh, apa yang perlu dilakukan selepas selesai berdoa?
Syeikh: Menurunkan tangan.

Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum sujud sajadah.
Lelaki: Syeikh, jika seseorang mendengar bacaan Quran daripada radio, lalu ada ayat sajadah. Adakah dia perlu sujud tilawah?
Syeikh: Ya, jika radio itu sujud.

No comments: