Monday, August 25, 2008

Tuesday, August 5, 2008

Harta Pak Pandir

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.
Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat idea, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.
Setelah larut malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tersebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai menggantikan tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!"

Pak Pandir di Lebuhraya

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".

"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Ezatul Marini (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu Hashim). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu Hashim?”
Lalu Abu Hashim menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.
Cikgu Ezatul Marini dah tak tertahan. Dia bawa Abu Hashim ke pejabat pengetua. Sementara Abu Hashim menunggu di ruang tamu, Cikgu Ezatul Marini terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu Hashim dan jika Abu Hashim gagal menjawab, maka Abu Hashim harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu Hashim dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Ezatul Marini terangkan pada Abu Hashim dan Abu Hashim bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu Hashim: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu Hashim: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu Hashim mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Ezatul Marini dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Ezatul Marini berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu Hashim?”. Pengetua dan Abu Hashim bersetuju.
Cikgu Ezatul Marini: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu Hashim: (berfikir) Kaki
Cikgu Ezatul Marini: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu Hashim: Saku
Cikgu Ezatul Marini: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu Hashim: Kelapa
Cikgu Ezatul Marini: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu Hashim terus menjawab.
Abu Hashim: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Ezatul Marini: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu Hashim terus menjawab.
Abu Hashim: Bersalaman
Cikgu Ezatul Marini: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu Hashim: Baik Cikgu
Cikgu Ezatul Marini: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Ezatul Marini.
Abu Hashim: Khemah
Cikgu Ezatul Marini: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu Hashim: Cincin perkahwinan
Cikgu Ezatul Marini: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Ezatul Marini dan ingin membantah, tapi si Abu Hashim mendahuluinya.
Abu Hashim: Hidung
Cikgu Ezatul Marini: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu Hashim: Anak panah
Cikgu Ezatul Marini: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu Hashim: Okay
Cikgu Ezatul Marini: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu Hashim: Firetruck
Cikgu Ezatul Marini: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu Hashim: Fork
Cikgu Ezatul Marini: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu Hashim: Surname
Cikgu Ezatul Marini: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu Hashim: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu Hashim, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.
P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

Amin dan Megat

MEGAT: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
AMIN: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
--------- :) ---------------
MEGAT: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
AMIN: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
--------- :) ---------------
MEGAT: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
AMIN: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!
--------- :) ---------------
MEGAT: Semalam aku nampak hantu!
AMIN: Uih! kau terkejut tak?
MEGAT: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
AMIN: Mana kau tahu?
MEGAT: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
--------- :) ---------------
MEGAT: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
AMIN: Gula dah habis!
MEGAT: Yang kau pergi campur garam apasal?
AMIN: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
--------- :) ---------------
MEGAT: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
AMIN: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
--------- :) ---------------
MEGAT: Aku ada AIDS? mana ada...
AMIN: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
--------- :) ---------------
MEGAT: Amin, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
AMIN: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
--------- :) ---------------
MEGAT: Dah dua kali perompak yang Megata datang merompak kedai kita.
AMIN: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Cerita Seram - Bas Tanpa Pemandu

Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Amin Bersama rakannya mior dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta Grand Livina yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Amin tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Amin dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, amin dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut mior mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, amin mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.

Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Amin dan mior dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?

"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

Perang besar jika ungkapan cinta anda diterbalikkan

Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Dara: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara: "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna:: "Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara: "Maukah kau menciumku?"
Teruna: "Ya..."
Dara: "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."

Sila baca dari bawah ke atas.

Sakit jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"