Tuesday, October 14, 2008

kain pelikat

Disebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya, kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya, "Abang, kalau datang kerumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga".

Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar: " Ok esok abang beli kain untuk buat seluar panjang." Sesudah membeli kain, pemuda itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan seluarnya.
Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untuk mengambil seluar yang sudah siap. Kata tukang jahit; "encik..., seluarnya sudah siap. Masih ada sisa bahan 1/2 meter lagi. Bolehlah bawak balik"

Pemuda itu seronok, jadi juga seluarnya, fikirnya. Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasih untuk menunjukkan seluar barunya. Dia memakai seluar itu. Tapi kerana kebiasaan, dia tetap juga memakai kain sarungnya. Maknanya seluar di dalam dan di luar ialan kain pelikat. Ditengah perjalanan, si pemuda sakit perut.
Kerana tidak tahan,akhirnya dia ke tandas awam. Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru memakai kain pelikatnya , dan lupa memakai seluar panjang barunya.

Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata; "Laa banggg mengapa masih pakai kain pelikat, kata nak pakai seluar panjang....tapi masih pakai kain jugak"

Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil berkata; "Nih.. tengoklaaa, kan abang pakai seluar baru abang". Seketika itu si gadis menjerit ; "Ihhhhhhhhh...bangg, panjang nyerrr..." Dengan terse nyum bangga si pemuda menjawab; "Memanglah ...panjang. Dirumah masih ada 1/2 meter lagi"...

KISAH SUDU DAN BENANG PELAYAN RESTORAN


Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.

Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".

Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Mari belajar bahasa jepun


01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI
15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
16. Yang suka tidur - ASHIKO MEMBUTO
17. Yang suka cari pasal -KAKIYO GADUHO
18. Yang suka mengumpat - YASUKO MENGATO
19. Yang suka senyum sinis kat orang -SEIYUMO BAUKAMBINO”

Budak Tadika

Suatu pagi di sebuah TADIKA KEMAS yang terletak di Jalan San Peng;

Cikgu : Baik anak-anak murid…. pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Fairuz… Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya…. Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! seorang saja…? Abang temankan ya…
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!!

Thursday, October 9, 2008

jenaka dalam ilmu

Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum wanita melihat lelaki. Syeikh berpendapat jika bebas daripada fitnah, maka tidak mengapa. Lelaki ini berulang kali bertanya kerana kurang bersetuju dengan pendapat syeikh. Apabila lelaki itu mahu beredar, syeikh bertanya kepadanya.
Syeikh: Kamu mahu ke mana?
Lelaki: Mahu berjalan-jalan.
Syeikh: Kamu pakailah niqab (purdah) supaya wanita tidak melihat kamu.

Ketika syeikh memberi kuliah tentang hukum susuan, beliau menyoal murid-muridnya.
Syeikh: Kalau dua bayi menyusu dari seekor kambing.
Murid-murid: (ketawa).
Syeikh: Ya, kalau kita perah susu seekor kambing, dan beri minum dua bayi itu, adakah dua bayi itu dikira saudara susuan? Kerana susunya adalah sama. Jawapannya ialah kalau dua bayi itu ialah kambing, maka mereka adalah saudara susuan. Jika bukan kambing, maka bukan saudara susuan.

Seorang lelaki bertanya syiekh,
Lelaki: Syeikh, apa yang perlu dilakukan selepas selesai berdoa?
Syeikh: Menurunkan tangan.

Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum sujud sajadah.
Lelaki: Syeikh, jika seseorang mendengar bacaan Quran daripada radio, lalu ada ayat sajadah. Adakah dia perlu sujud tilawah?
Syeikh: Ya, jika radio itu sujud.