Saturday, February 21, 2009

menyamar

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan. .. pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya.. . Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya. .. kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Saturday, February 7, 2009

Banduan

Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali.
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya.... dan berpanjangan. “Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa”. katanya. Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata. Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa...

Friday, February 6, 2009

ganti pakaian

Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.

"Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..."

"Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.

"Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."